HANYA beberapa minggu lepas Billie Eilish mencipta sejarah menjadi artis paling muda memenangi empat kategori terunggul di Anugerah Grammy – Album Terbaik, Artis Terbaharu Terbaik serta Rekod dan Lagu Terbaik.

Kini, artis berusia 18 tahun itu sekali lagi mengungguli industri seni dan hiburan apabila menjadi artis paling muda mendendangkan lagu tema untuk filem James Bond terbaharu.

Lagu yang diberikan judul sama seperti filemnya, ‘No Time To Die’ dilancarkan pada Khamis dan setakat ini telah mencatat 12 juta tontonan di YouTube.

BACA: Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda

Lagu itu juga diiringi oleh pemain gitar lagenda daripada kumpulan The Smiths, Johnny Marr, serta muzik orkestra arahan Hans Zimmer dan Matt Dunkley.

Pada minggu lalu, Billie bersama abangnya Finneas mendendangkan lagu terkenal The Beatles, ‘Yesterday’ sempena segmen ‘In Memoriam’ di Anugerah Akademi ke-92.

Billie bakal memulakan konsert jelajah di serata dunia pada Mac yang cukup dinantikan dengan kesemua tiket habis dijual hanya satu jam selepas ia dilancarkan.

Sebelum ini, hanya dua lagu tema Bond pernah menenangi Lagu Terbaik di Anugerah Akademi – Skyfall oleh Adele dan Writing’s on the Wall oleh Sam Smith.

‘No Time to Die’ dibintangi Daniel Craig, Rami Malek dan Léa Seydoux serta arahan Cary Joji Fukunaga ditayangkan pada April 2020.





Source link