[ad_1]

TOKYO: Bilionair fesyen Jepun, Yusaku Maezawa, mengumumkan menarik diri daripada menyertai program dokumentari yang memerlukannya mengikuti ekspedisi mengelilingi bulan bersama calon teman wanita terpilih.

Setelah mencetus kekecohan tentang tawaran luar biasa dan menerima puluhan ribu permohonan, Maezawa tidak jadi mengikuti program menaiki pesawat angkasa milik SpaceX, dengan memberi alasan ‘mempunyai perasaan serba salah’.

Awal bulan ini, bilionair berusia 44 tahun itu menjadi tular kerana mengumumkan untuk mencari calon untuk menjadi teman wanitanya, seterusnya mereka bakal menjadi subjek sebuah dokumentari khas ekspedisi angkasa menaiki pesawat milik hartawan Elon Musk.

BACA: Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa ‘terbang’ mengelilingi bulan

Program itu dirancang untuk disiar secara penstriman langsung AbemaTV. Hampir 28,000 orang telah membuat permohonan itu.

Maezawa berkata, dia berasa ‘sangat sedih’ dengan keputusan menarik diri, dan meminta maaf kepada semua pemohon dan petugas AbemaTV.

Beliau sebelum ini telah mencetuskan ‘gempar’ di media sosial apabila menghadiahkan sejumlah AS$9 juta kepada 1,000 pengikut Twitter terpilih



[ad_2]
Source link