SHAH ALAM : Konsert Big Stage minggu ketiga menyaksikan kejutan apabila peserta dari Brunei, Aziz Harun menarik diri secara rasmi.

Pengumuman penarikan diri itu dibuat oleh Aziz selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.

Jelas Aziz, keputusan dibuat kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Selepas berbincang dengan produksi, Aziz akan tarik diri daripada Big Stage. Aziz dapat tawaran belajar di luar negara, dan ramai tahu benda ini penting bagi Aziz. Lama saya tunggu benda ini, terima kasih semua kerana masih menyokong Aziz,” katanya pada akhir konsert malam tadi.

Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira.

Bagaimanapun, mengambil maklum akan kekosongan yang ditinggalkan oleh Aziz, produksi bersetuju agar Dinda Permata kini terselamat.

Dinda Permata dalam persembahan lagu Terlalu Memuji menyaksikan kritikan membina oleh Juri Tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bertemakan Glocal Hits, minggu ketiga pentas Big Stage menyaksikan setiap peserta memberi persembahan mantap.

Bagaimanapun, minggu hadapan pasti lebih mencabar apabila tema “Duominasi” dimana setiap peserta bakal berduet bersama penyanyi tempatan.

Antaranya Aizat Amdan, Marsha Milan, Shiha Zakir, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusli.





Source link