[ad_1]

AYER KEROH: Biadab, dan tidak boleh dibiarkan. Itu reaksi keras Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kekecohan yang berlaku di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

“Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas. Justeru saya telah meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Menurut Anwar Ibrahim, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk

BACA: Akmal guna gangster halang saya masuk – Mizan Adli

Anwar berkata, beliau juga memohon agar pihak polis dapat melakukan siasatan menyeluruh ke atas insiden yang dilihat mencemarkan imej parti itu.

Awal hari ini, kekecohan tercetus apabila beberapa perwakilan, termasuk bekas Pengerusi Tetap AMK Muhammad Mizan Adli Mohd Nor dihalang masuk ke dalam kongres.

Pergaduhan turut terjadi di luar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) apabila sekumpulan remaja berbaju hitam bertembung dengan anggota AMK, sehingga seorang daripada mereka berdarah di kepala akibat terkena balingan batu.



[ad_2]
Source link