SETELAH mengambil alih filem Deadpool daripada 20th Century Fox, mungkin ramai yang bimbang sekiranya Disney akan memisahkan francais filem adiwira kegemaran ramai itu.

Namun kini anda sudah boleh menarik nafas lega kerana pelakon utama Deadpool, Ryan Reynolds telah mengesahkan bahawa filem itu kini dalam pembikinan oleh Marvel Studios.

Ryan mengesahkan berita tersebut di dalam satu temubual di Live with Kelly and Ryan.

Filem ini juga merupakan filem pertama yang tidak akan diterbitkan oleh 20th Century Fox.

Untuk rekod, dua filem terawal Deadpool berjaya memegang rekod box office untuk kategori filem R-rated sebelum tempat itu dirampas oleh filem Joker pada awal tahun ini.

Jadi adakah anda bersedia untuk pusingan ketiga!





Source link