[ad_1]

ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 20 Jun 2020.

1) COVID-19: 76 kes sembuh, 21 kes baharu dan tiada kematian

Kes sembuh dan pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 di negara ini lebih tinggi berbanding kes baharu apabila sebanyak 76 kes telah dibenarkan keluar hospital, pada Sabtu.

2) Kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, lima kes positif

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan satu lagi kluster baharu dikesan di Labu Lanjut, Sepang membabitkan lima kes positif COVID-19, setakat ini.

3) Tiada rakyat Malaysia dijangkiti COVID-19 di Beijing – Wisma Putra

Kementerian Luar memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan dijangkiti COVID-19 di Beijing, susulan kebimbangan ancaman gelombang baharu pandemik berkenaan.

4) Kluster baharu di Labu Lanjut, ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali merekodkan angka dua digit selepas Kementerian Kesihatan (KKM)  memaklumkan terdapat 21 kes baharu dikesan setakat 12 tengah hari, hari ini.

5) COVID-19: 22 daripada lebih 6,000 rakyat pulang ke tanah air positif

Hanya 22 daripada 6,719 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19 bagi tempoh 10 hingga 18 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

6) Ingkar PKPP: 40 direman, 8 dikenakan kompaun

Polis menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

7) Ini lima perkara penting kenyataan media PKPP hari ini

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu, 20 Jun 2020.

8) Lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Ini merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung isu caj bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

9) Kerajaan laksanakan pendekatan terbaik urus sektor tenaga – Shamsul Anuar

Pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi menguruskan sektor tenaga adalah yang terbaik setakat ini terutamanya dari aspek kawal selia, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

10) Samarahan kini zon hijau, tiada kes positif terbaharu di Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan daerah Samarahan sebagai zon hijau terbaharu COVID-19 di negeri itu.



[ad_2]
Source link