KUALA LUMPUR : ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 31 Julai 2020.

1. Kluster Sivagangga: Lapan lagi kes positif dikesan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyaring sebanyak 262 orang membabitkan Kluster Sivagangga.

2. Rakyat Malaysia boleh tuntut insentif RM50 ePENJANA dengan Touch n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet telah terpilih bagi program ePENJANA, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan meningkatkan kadar perbelanjaan dan menggalakkan perlaksanaan digital di negara ini.

3. POS Malaysia gantung sementara mel, bungkusan antarabangsa dan EMS

POS Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

4. 2,800 individu pulang ke tanah air jalani kuarantin ketika ini – Ismail Sabri

Seramai 2,800 rakyat yang pulang ke tanah air kini ditempatkan di 16 stesen kuarantin termasuk hotel dan Institut Latihan Awam (ILA), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5. Harga RON95, RON97 kekal, diesel naik satu sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.68 dan RM1.98 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Ogos ini, menurut Kementerian Kewangan.

6. Penjarakan sosial ditukar kepada penjarakan fizikal

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.

7. Keahlian pembelot parti Warisan Sabah terhenti serta-merta

Semua wakil rakyat Parti Warisan Sabah yang meninggalkan parti kerana menyokong bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dianggap telah ‘memecat’ diri mereka sendiri daripada parti itu dan oleh yang demikian, tidak ada tindakan lanjut akan diambil.

8. Perlumbaan Grand Prix Malaysia batal

Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Oktober hingga 1 November depan, dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

9. SPRM mula siasat dakwaan ADUN Sabah ditawar habuan lompat parti

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sudah menghubungi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kononnya ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti, baru-baru ini.

10. Jangan potong gelang merah jambu sesuka hati, polis kenakan tindakan tegas

Individu dalam pengawasan (PUS) dan yang memakai gelang merah jambu atau putih, diingatkan agar tidak memotong gelang terbabit sesuka hati semata-mata untuk keluar rumah.




Source link