[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 19 Julai 2020. 

1) Tiga kluster baharu dikesan, ini tumpuan kenyataan media KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklum terdapat tiga kluster baharu dikesan di negara ini.

2) Kes baharu COVID-19 kembali dua digit, satu kematian

Daripada 11 kes penularan tempatan pula, Dr Noor Hisham berkata lapan kes dikesan dalam kalangan rakyat negara ini, manakala tiga kes melibatkan bukan warganegara.

3) PKPP: Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Berikut perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari ke-38.

4) Solat Jumaat kekal satu sesi di WP, terpulang kepada negeri buat dua sesi – Dr Zulkifli

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja. 

5) Animal Malaysia mohon pihak ada maklumat pelaku bakar kucing guna minyak petrol tampil

Individu atau pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tidak berperikemanusiaan terhadap seekor anak kucing yang dibakar diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

6) KKMM jalankan siasatan terhadap Al Jazeera

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu akan dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia berkaitan akreditasi manakala Perbandanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pula membabitkan lesen penerbitan.

7) Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya – Dr Noor Hisham

“Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya.”

Demikian saranan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu muat naik di laman Facebook pada Ahad.

8) Gagal buat pusingan-U, OKU warga asing mabuk rempuh lima kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, suspek yang memandu di bawah pengaruh alkohol tiba-tiba merempuh deretan kereta yang diparkir di hadapan sebuah hotel.

9) Bahaya tertidur dalam kereta semasa menonton di pawagam pandu lalu

Public Health Malaysia dalam status di akaun Facebook memaklumkan suhu di negara ini yang agak panas menyebabkan ramai yang akan menghidupkan penyaman udara kenderaan masing-masing, walaupun kenderaan tidak bergerak.

10) Jangan ke pawagam pandu masuk jika penat, tidak selesa

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menonton di pawagam pandu masuk sekiranya mereka berasa penat atau tidak selesa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, adalah lebih selamat jika mereka hanya menonton televisyen di rumah.



[ad_2]
Source link