[ad_1]
1) Malaysia perlu keluar produk kritikal – Muhyiddin
Malaysia perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan produk-produk kritikal, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2) Kluster Stutong, kluster terbaharu di Sarawak
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Stutong dikesan di sebuah pasar awam di Stutong.
3) Terlalu ‘selesa’, ada yang pakai pelitup muka di leher bukan di muka – Lam Thye
Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rakyat melakukan tugas dengan sangat baik dalam meratakan lengkungan kes dan usaha itu harus berterusan bagi memastikan apa yang dilakukan selama ini tidak sia-sia.
4) Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO – Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
5) MH17: K’jaan disaran fail tuntutan di Mahkamah Hak Asasi Eropah
Pengerusi Kaukus Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata kerajaan Malaysia bukan sahaja perlu menyertai tindakan undang-undang berkenaan, malah perlu mengambil peluang untuk menerajui kes tersebut.
6) Kluster Mambong kini jangkiti lima individu – Dr Noor Hisham
Kluster Mambong di Sarawak yang mula dikesan Khamis lalu kini telah meningkat kepada lima kes positif COVID-19.
7) Sekatan Top Glove: MITI bincang bersama Kedutaan AS – Azmin
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan AS menyekat eksport produk berkenaan adalah tidak wajar memandangkan syarikat bertaraf antarabangsa itu telah menyalur bantuan besar ketika dunia berperang dengan pandemik COVID-19.
8) KPM akan kaji semula Elaun Perumahan Wilayah bagi guru – Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
9) Phahrolrazi Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu dari Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu dalam sesi persidangan yang akan berlangsung pada Ogos ini.
10) Bomba berjaya pujuk wanita murung mahu terjun jambatan
Tindakan cekap anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, pada Sabtu.
[ad_2]
Source link