[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Julai 2020.

1) Saya tak pernah tawar Shafie jadi Timbalan Perdana Menteri – PM Muhyiddin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan sebagai Timbalannya kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

2) Walau ada peluang, Tun M enggan jadi PM kepada gabungan politik ‘tidak suci’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau pernah menerima tawaran untuk kekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat harus menerajui kerajaan gabungan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

3) COVID-19: Malaysia catat 18 kes baharu, 8 kes penularan tempatan

Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 18 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Jumaat.

4) COVID-19: KKM kesan empat kluster baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu di negara ini pada Jumaat.

5) Harga RON95, RON97, diesel kekal

Harga runcit petroleum RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Julai ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.87 seliter.

6) KKM, Dr Noor Hisham Abdullah rangkul Anugerah Brandlaureate 2020

Kecekapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam tangani krisis COVID-19, sekali lagi diiktiraf apabila menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).

7) SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan blog yang mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan sebentar tadi.

8) Nurflix tayang 12 drama, filem bercirikan Islam mulai Oktober ini

Nurflix, saluran penstriman patuh syariah pertama di Malaysia, bakal menayangkan 12 drama dan filem eksklusif tempatan bercirikan Islam mulai Oktober ini.

9) Bursa Malaysia meningkat secara menyeluruh untuk akhiri sesi awal

Indeks Bursa Malaysia mengukuh 1.63 peratus untuk akhiri sesi awal dagangan, mencatatkan keuntungan secara menyeluruh dengan kaunter penjagaan kesihatan kembali meraih keuntungan selepas penurunan semalam.

10) COVID-19: LIMA’21 batal atas faktor ekonomi

Susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’ 21) yang dijadual berlangsung 16 hingga 20 Mac tahun depan dibatalkan.



[ad_2]
Source link