[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 5 Julai 2020.

1) COVID-19: Lima kes baharu, empat pulih

Sejumlah lima kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan tiga kes import dan dua jangkitan tempatan.

2) Kluster Gombak, Pangsapuri Cheras tamat

Dua kluster jangkitan COVID-19 yang dilaporkan sebelum ini telah diisytiharkan tamat sepenuhnya hari ini.

3) COVID-19: Tiada kes positif baharu tujuh hari berturut-turut di Sarawak

Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 selama tujuh hari berturut-turut sejak Isnin lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 571 kes.

4) Pasca COVID-19: MIDA teliti pelaburan dalam bidang baharu – Mohamed Azmin

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti pelaburan dalam bidang baharu serta berteknologi tinggi untuk dibawa masuk ke dalam negara pasca COVID-19

5) Tunggu keputusan timbal balas negara laluan hijau – Ismail Sabri 

Kerajaan Malaysia kekal dengan keputusan untuk tidak membuka sempadan kepada enam negara laluan hijau tanpa sekatan sehingga ada keputusan timbal balas dengan negara terlibat.

6) KKM nafi laporan pendatang asing didiskrimasi sewaktu PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan laporan dari agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang mendakwa kerajaan Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani pandemik COVID-19.

7) PKPP: 165 ditahan, 96 terlibat dalam aktiviti pub dan kelab malam

Hari ke-25 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan 165 individu ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk penglibatan dalam aktiviti di pub dan kelab malam.

8) Pembukaan semula sektor pembinaan, kerugian turun kepada RM6.2 bilion

Jumlah kerugian sektor pembinaan menurun kepada RM6.2 bilion selepas kerajaan membenarkan industri itu beroperasi semula secara berperingkat pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 15 April lalu.

9) Sabah sasar buka semula pelancongan antarabangsa 1 Sept

Kerajaan negeri Sabah menyasarkan untuk membuka semula pintu kepada pelancong antarabangsa menjelang 1 Sept tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

10) COVID-19: Undang-undang baharu M’sia hampir sama New Zealand, Singapura – Tengku Zafrul

Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang dirancang kerajaan untuk diperkenalkan tidak lama lagi, akan hampir sama dengan yang dilaksanakan dan diumumkan di negara seperti New Zealand dan Singapura, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.



[ad_2]
Source link