[ad_1]

KUALA LUMPUR : ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 28 Jun 2020.

1) COVID-19: 18 kes baharu, 10 pulih dan tiada kematian

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

2) Majikan diingat pastikan SOP dipatuhi, cegah penularan kalangan warga asing

Majikan diingatkan agar memainkan peranan masing-masing memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan untuk sektor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dengan betul, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

3) 4 individu ditahan ingkar PKPP

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua daripada mereka ditahan kerana menyertai aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sementara masing-masing seorang individu ditahan di pusat karaoke dan terlibat dalam aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.

4) COVID-19: Johor hilang lebih 20 peratus hasil – Menteri Besar

Kerajaan negeri Johor hilang lebih 20 peratus hasil negeri berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan Malaysia-Singapura bagi membendung penularan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad.

5) Sembilan premis perniagaaan tidak ikut SOP diberi nasihat – Ismail Sabri

Sembilan premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diberi nasihat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

6) 6,609 rakyat Malaysia kembali ke tanah air sejak 10 Jun

Seramai 6,609 rakyat Malaysia pulang ke tanah air menerusi pintu masuk utama negara sejak kerajaan melaksanakan proses kuarantin di kediaman masing-masing.

7) Uggah puas hati penggunaan COVIDTrace di Sarawak

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu memperlihatkan pelbagai aplikasi dilancarkan bagi memudahkan rakyat dalam berhadapan dengan suasana normal baharu.

8) Sarawak lakukan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja pembinaan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja tapak pembinaan di negeri itu.

9) PKPP: Rakyat Malaysia yang suka ‘stream video’ rupanya suka makan di luar

Majoriti rakyat Malaysia dilihat tidak akan bertoleransi terhadap penularan pandemik COVID-19. Menerusi tinjauan yang dilakukan firma kajian kepenggunaan, Dattel Asia, kesediaan rakyat Malaysia dalam melakukan aktiviti harian masih rendah.

10) MOTAC rombak aktiviti promosi, pemasaran – Nancy

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan merombak aktiviti promosi dan pemasaran dalam usaha membangunkan semula sektor pelancongan negara. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kempen perhubungan awam juga akan diwujudkan bagi mengembalikan keyakinan pelancong.



[ad_2]
Source link