[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 27 Jun 2020.

1) COVID-19: 10 kes baharu, 14 pulih dan tiada kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan enam kes penularan dalam negara.

2) Kluster DTSI Putrajaya diisytihar tamat

Satu lagi kluster COVID-19 di Malaysia diisytiharkan tamat melibatkan Kluster Depoh Tahanan Sementara Imigresen (DTSI) Putrajaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, penamatan kluster dibuat selepas 28 hari tanpa rekod kes baharu.

3) Sektor pelancongan negara kerugian RM45 bilion akibat COVID-19 – MOTAC 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan industri pelancongan dan kebudayaan negara mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat pandemik COVID-19.

4) PKPP: Ekspatriat dibenar keluar negara jika ada urusan kecemasan, perubatan

Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan golongan ekspatriat untuk keluar negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5) Dasar fiskal kerajaan susulan COVID-19 satu respons yang tepat – Tengku Zafrul

Kerajaan percaya dasar fiskal yang dilaksanakan susulan krisis akibat pandemik COVID-19 merupakan satu respons yang tepat walaupun S&P Global Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

6) COVID-19: NGO perlu aktif beri cadangan positif kepada kerajaan negeri

Badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu aktif membantu kerajaan negeri dengan memberi cadangan atau pandangan positif dalam apa juga aspek atau isu, bukan hanya mengkritik khususnya berkenaan situasi COVID-19.

7) PKPP: Ekspatriat dibenar keluar negara jika ada urusan kecemasan, perubatan

Pergerakan keluar dari negara ini hanya dibenarkan sekiranya ekspatriat mempunyai urusan kecemasan atau perubatan sahaja. Keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jumaat.

8) PKPP: Tidak tahan mahu berhibur di kelab malam, 45 individu ditahan

Seramai 45 individu telah ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), atas kesalahan melakukan aktiviti dalam pub atau kelab malam. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, secara keseluruhan seramai 53 individu ditahan, dengan lapan individu direman , dan 45 lagi dikenakan kompaun.



[ad_2]
Source link