[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 25 Jun 2020. 

1) Bukit Broga ditutup: Ini lima tumpuan kenyataan media KKM hari ini 

Susulan penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga. 

2) Kes Malaria: MPAJ cadang tutup hutan berhampiran Taman Saga, Taman Bukit Hartamas

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bercadang menutup kawasan hutan berhampiran Taman Saga dan Taman Bukit Hatamas sekiranya kes malaria di kedua-dua kawasan itu meningkat dengan mendadak.

3) COVID-19: Malaysia dalam senarai 46 ‘winning country’

Pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu untuk membendung penularan COVID-19 di negara ini semakin menampakkan hasilnya.

4) Kerajaan garis klasifikasi perubatan warga asing, ini lima fakta penting kenyataan media PKPP

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP sebelum ini telah bersetuju untuk membenarkan kemasukan warganegara asing ke Malaysia bagi tujuan perubatan (healthcare travellers).

5) Penambahan dua tren baru bakal tingkatkan kekerapan LRT laluan Kelana Jaya

Pengenalan beberapa tren baharu empat gerabak bermula dengan dua buah yang diterima pada Ogos ini mampu meningkatkan kekerapan tren kepada purata 2.5 minit berbanding 3.0 minit sebelum ini.

6) Tiga wanita Malaysia menang Anugerah Women of the Future

Tiga rakyat Malaysia antara sepuluh wanita di Asia Tenggara dinamakan sebagai pemenang Anugerah Women of the Future Awards, yang julung kalinya diadakan secara maya kerana pandemik COVID-19.

7) KDNK Malaysia dijangka menguncup kepada 3.1 peratus – Bank Dunia

Bank Dunia mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup kepada 3.1 peratus.

PERKEMBANGAN POLITIK 

8) Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu, tapi … – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa bukan parti DAP yang boleh menghancurkan orang Melayu.

9) Chini Memilih: Saya harap Tun Mahathir turun berkempen, tetapi tidak – Najib

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini.

10) Contohi Singapura, bubar Parlimen dan dapatkan mandat rakyat – Mohamad Hasan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar mengikut jejak Singapura membubarkan parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.



[ad_2]
Source link