[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Jun 2020.

1) COVID-19: Jumlah kes positif global cecah 7.4 juta

Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

2) COVID-19: WHO bimbang peningkatan kes di benua Afrika

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan jumlah peningkatan kes COVID-19 di benua Afrika. Benua itu kini mencatatkan peningkatan dari 100,000 ke 200,000 kes hingga Khamis.

3) COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 36,000, kematian 2,048 orang

Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 36,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,048 orang.

4) COVID-19: Singapura catat 463 kes baharu,18 dalam komuniti

Singapura melaporkan 463 lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes di republik itu.

5) COVID-19: Singapore F1 2020 night race cancelled

This year’s Singapore Formula One Grand Prix scheduled for Sept 20 has been cancelled, said Singapore GP Pte Ltd and Formula 1.

6) COVID-19: Thailand to lift night curfew, further ease restrictions

Thailand will lift a nationwide 10 P.M to 4 A.M curfew and further ease COVID-19 restrictions next week as the kingdom today reported zero local transmissions for 18 consecutive days.

7) Turki sambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa

Pesawat syarikat penerbangan negara Turkish Airlines (THY) berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul menuju ke Dusseldorf, Jerman, ia akan diikuti beberapa lagi penerbangan ke bandar raya seperti London dan Amsterdam.

8) Empat maut dalam serangan bom di masjid

Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian letupan di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Jumaat.

9) Tokyo memasuki fasa kedua kelonggaran perintah berkurung

Tokyo menarik semula amaran perintah berkurung selepas kes baharu COVID-19 dilihat semakin terkawal sekali gus akan meneruskan semula operasi perniagaan termasuk pusat permainan, dan pusat hiburan lain pada Jumaat.

10) Hujan lebat terus melanda China, jutaan penduduk terjejas

Hujan lebat terus melanda selatan China sehingga menyebabkan tebing sungai pecah dan mengakibatkan kerosakan pada kediaman penduduk tempatan dan tanaman mereka.



[ad_2]
Source link