[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Julai 2020. 

1) Kes positif COVID-19 di Indonesia 88,214, kematian 4,239

Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 88,214 kes, iaitu tambahan 1,693 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

2) COVID-19: Singapura sahkan 123 kes baharu, jumlah kumulatif lepasi 48,000

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu hari ini, daripada jumlah itu, 11 adalah kes penularan dalam komuniti. 

3) Kes positif COVID-19 di Amerika Latin cecah 3.8 juta kes

Jumlah kes positif COVID-19 di Amerika Latin kini mencecah 3.8 juta dengan Brazil mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2.09 juta kes.

4) Korea Utara dakwa bangunkan vaksin COVID-19, bakal laksana fasa 3 ujian klinikal

Menurut kenyataan majlis kajian sains Pyongyang pada Sabtu, saintis di Suruhanjaya Sains dan Teknologi telah mengesahkan keselamatan vaksin berkenaan menerusi ujian ke atas haiwan.

5) Panggung wayang di Shanghai dibuka semula

Bagaimanapun, pengunjung yang hadir ke panggung wayang perlu memakai pelitup muka, melakukan penjarakan sosial dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

6) Raja Salman masuk hospital hidap radang hempedu

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal, di sini, pada Isnin.

7) Gereja gothik terbakar: Pihak berkuasa Perancis lancar siasatan kebakaran

Kebakaran yang berlaku pada Sabtu itu memusnahkan bahagian dalaman gereja dan memusnahkan tingkap kaca berwarna dan organ besar abad ke-17 yang menjadi tarikan utama di gereja berkenaan.

8) UAE lancar kapal angkasa Hope dalam misi 7 bulan ke Marikh

Kapal angkasa Hope dilancarkan dari pangkalan Tanega-Shima di Jepun pada jam 6.58 pagi waktu tempatan (5.58 pagi waktu Malaysia).

9) A tearful Kanye West launches presidential campaign with rambling rally

West, 43, a former supporter of President Donald Trump who has left voters befuddled over whether his campaign is genuine or a publicity stunt to help sell albums or merchandise. 

10) Floods in India, Nepal displace nearly four million people, at least 189 dead

The overflowing Brahmaputra River, which flows through China’s Tibet, India and Bangladesh, has damaged crops and triggered mudslides, displacing millions of people, officials said.



[ad_2]
Source link