[ad_1]
1) COVID-19: Indonesia catat 127 kes kematian dalam tempoh 24 jam, tertinggi sejak 11 Mac
Indonesia mencatatkan sejumlah 127 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, yang tertinggi sejak kes kematian pertama pada 11 Mac, menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini ialah 4,143 orang.
2) COVID-19: Singapura catat 257 kes baharu, lapan kes komuniti
Menurut data ringkas setakat tengah hari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada jumlah kes dalam komuniti itu, dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap, dan enam pemegang pas kerja.
3) COVID-19: Thailand catat 3 kes baharu dan 55 hari tanpa jangkitan tempatan
Hari ini merupakan hari Ke-55 Thailand mencatatkan sifar jangkitan tempatan.
4) COVID-19: Hong Kong wajibkan penggunaan pelitup muka
Hong Kong mewajibkan penggunaan pelitup muka di semua tempat awam sebagai langkah kawalan penularan COVID-19 susulan peningkatan mendadak di republik itu.
5) Melbourne wajibkan pemakaian pelitup muka, denda RM597 jika ingkar
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata lebih lima juta orang di bandar kedua terbesar Australia itu dan kawasan kejiranan diwajibkan mengikut arahan tersebut bermula tengah malam.
6) Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19
Foto dan video Jihad Al- Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital tular dan menyentuh hati pengguna media sosial.
7) Bagai X-ray, COVID-19 dedahkan perpecahan dan jurang kekayaan – PBB
COVID-19 sebagai X-ray kerana pandemik tersebut mendedahkan perpecahan dan penipuan dalam kerangka masyarakat yang tidak kukuh.
8) Denda lebih RM11,000 jika masuk Mekah secara haram mulai hari ini
Langkah tegas itu diambil menjelang pelaksanaan ibadah haji tahun ini, dengan kapasiti jemaah yang terhad susulan pandemik COVID-19.
9) Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
10) Sasterawan Indonesia, Sapardi Djoko Damono meninggal dunia
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel Eka, Tangerang Selatan.
[ad_2]
Source link