[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 Julai 2020.

1) Penyelidik kenal pasti 6 ‘jenis’ COVID-19

Para saintis berjaya mengenal pasti enam jenis COVID-19 menerusi pengumpulan data daripada aplikasi COVID Symptom Study oleh King’s College London.

2) Kanak-kanak selamatkan adik yang diserang anjing terima perisai daripada ‘Captain America’

Aktor Hollywood yang terkenal dengan watak “Captain America”, Chris Evans menyampaikan mesej istimewa buat Bridger Walker, kanak-kanak enam tahun yang cedera teruk di muka selepas menyelamatkan adik perempuannya dari diserang anjing.

3) Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada ‘musuh John Wick’

Polis di Lapangan Terbang Malpensa, Milan Itali merampas sejumlah kokain yang disembunyikan di dalam 500 butir kopi bersaiz besar dalam satu operasi baru-baru ini.

4) Kes COVID-19 hampiri 14 juta, India negara terbaharu rekod 1 juta jangkitan

Ia menjadikan negara itu sebagai negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

5) Kematian global akibat COVID-19 melebihi 593,000 kes

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 10,000 kes dalam tempoh 48 jam.

6) ‘Ingatkan penonton tak perasan’ – Gigi penyampai berita tercabut ketika siaran langsung

Apa tidaknya dengan segala macam gangguan teknikal, kesilapan tidak disengajakan serta kerenah tetamu yang sukar diramal.

7) Banjir luar biasa melanda Northland di New Zealand

Kejadian ribut dan hujan lebat luar biasa melanda Northland di New Zealand sejak Jumaat.

Fenomena itu dikatakan pernah berlaku setiap 500 tahun dan menyebabkan kejadian tanah runtuh.

8) COVID-19: Singapura sahkan 202 kes baharu, tujuh kes dalam komuniti

Singapura sahkan 202 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti.

9) Kematian akibat COVID-19 di Indonesia lepasi angka 4,000

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 84,882 kes, menyaksikan tambahan jangkitan baharu sebanyak 1,752 dalam tempoh 24 jam.

10) Tekan leher lelaki guna lutut, pegawai polis digantung tugas

Seorang anggota polis di London digantung tugas manakala seorang lagi dihadkan tugas selepas video mereka menekan leher seorang lelaki kulit hitam menggunakan lutut tular di media sosial.



[ad_2]
Source link