[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 Jun 2020.

1) Peningkatan mendadak kes baharu dijangka di lima negeri di AS

Bekas Pengarah Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat (CDC) menyatakan lima negeri menyaksikan peningkatan mendadak kes baru COVID-19.

2) Musim haji diteruskan, jumlah jemaah dihadkan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

3) COVID-19 di Indonesia: 47,896 kes positif, 2,535 kematian

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari Selasa, 35 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini 2,535 orang.

4) COVID-19: 16 anak kapal Rusia di pelabuhan Busan disahkan positif

Korea Selatan melakukan ujian saringan kesihatan terhadap 176 pekerja kargo di pelabuhan selatan Busan selepas 16 anak kapal kargo Rusia disahkan positif COVID-19.

5) COVID-19: Angka kematian seluruh dunia hampiri 470,000

Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global akibat COVID-19 meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

6) Novak Djokovic dan isteri disahkan positif COVID-19

Media antarabangsa melaporkan Djokovic telah dijangkiti ketika memenuhi jadual penganjuran perlawanan amal Adria Tour iaitu sebuah acara amal empat peringkat yang diadakan di Balkan.

7) COVID-19: Thailand catat lima kes baharu, tiada jangkitan tempatan

Thailand melaporkan lima kes baharu jangkitan COVID-19, semuanya melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara, dan tiada kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan penyakit itu berjumlah 3,156 kes dengan jumlah kematian 58.

8) Kes denggi melebihi 68,000 kes di Indonesia

68,753 kes denggi dilaporkan di seluruh Indonesia sehingga kini bagi tahun 2020 dengan lebih 400 bandar dan daerah merekodkan kes jangkitan berganda yang mana pesakit dijangkiti COVID-19 dan demam denggi.

9) Singapura umum bubar Parlimen

Kerajaan Singapura pada Selasa mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya umum diadakan di republik itu, umum Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi beliau.

10) 12 pekerja pos Jerman masuk hospital gara-gara terhidu bau durian

Gara-gara buah durian, seramai 12 pekerja pos di Jerman terpaksa menerima rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dipindahkan dari sebuah bangunan di bandar Schweinfurt dalam kejadian pada Sabtu.



[ad_2]
Source link