[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 21 Jun 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 262 kes baharu, jumlah keseluruhan lepasi angka 42,000

Singapura mengesahkan sejumlah 262 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes dalam komuniti yang membabitkan tiga rakyat atau penduduk tetap republik itu dan enam pemegang pas. 

2) Masjid di Singapura sambung semula solat Jumaat mulai 26 Jun – MUIS 

Masjid di Singapura akan menyambung semula solat Jumaat dan solat berjemaah setiap hari mulai 26 Jun, dengan maksimum 50 jemaah setiap sesi di setiap masjid. 

3) COVID-19: Thai boy tests positive after return from South Africa 

A six-year-old boy who recently returned from South Africa is the only new COVID-19 case reported in Thailand in the last 24 hours, according to the Centre for COVID-19 Situation Administration (CCSA). 

4) Mainland China reports 26 new COVID-19 cases including 22 in Beijing 

Mainland China reported on Sunday 26 new confirmed coronavirus cases for June 20, down from 27 a day earlier, driven largely by the latest outbreak of COVID-19 in the Chinese capital. 

5) COVID:19: Iraq bina banyak hospital sementara 

Iraq kini terpaksa membina lebih banyak hospital sementara berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sehingga menyebabkan kesesakan di hospital awam. 

6) COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Jerman naik mendadak kepada 1.79 

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Jerman melonjak ke angka 1.79 iaitu lebih jauh di atas tahap yang diperlukan untuk mengawalnya dalam jangka panjang. 

7) Ratusan penduduk Orang Asli diusir dari rumah sewa di Colombia 

Ratusan penduduk Orang Asli daripada komuniti Embera Katio membuat perkhemahan sementara di sebuah taman di ibu kota Colombia, Bogota setelah diusir kerana gagal membayar sewa. 

8) China rancang tubuh Biro Keselamatan Nasional di Hong Kong

China merancang menubuhkan Biro Khas di Hong Kong untuk menyiasat dan mendakwa jenayah yang dianggap mengancam keselamatan negara. 

9) Trump teruskan perhimpunan, guna istilah perkauman ‘kung flu’ dalam ucapan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meneruskan siri jelajah kempen pilihan raya presiden negara itu meskipun mendapat tentangan daripada ramai pakar kesihatan. 

10) Sembilan cedera insiden tembakan di New York, polis belum temui petunjuk

Polis New York sedang menyiasat insiden tembakan yang menyebabkan sembilan orang cedera dalam satu perhimpunan besar di bandar raya itu pada lewat malam Sabtu. 



[ad_2]
Source link