[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 20 Jun 2020.

1) Ganjaran hadapi COVID-19, komuniti kaya Korea Selatan ‘gila’ beli kereta mewah

Kejayaan Korea Selatan menangani wabak COVID-19 dalam tempoh yang agak cepat menyaksikan peningkatan mendadak terhadap permintaan bagi kereta premium dan mewah.

2) Indonesia rancang langsungkan kembali liga bola sepak, kes COVID-19 terus meningkat

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa liga satu dan dua untuk musim ini akan dilangsungkan kembali dengan kesesuaian protokol kesihatan yang ketat.

3) COVID-19: Kes positif seluruh dunia kini 8.55 juta

Data terbaru Johns Hopkins University menyaksikan peningkatan kira-kira 100,000 kes dalam tempoh 24 jam. Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.2 juta kes.

4) COVID-19: Angka kematian melebihi 457,000

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,000 kes. Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 47,000 dan 42,000 kes korban pandemik tersebut.  

5) Lagu ‘samba’ redakan tekanan COVID-19 di Brazil

Beberapa pemuzik yang tinggal di sebuah kota kecil di Rio de Janeiro, Brazil, berusaha mengurangkan tekanan akibat COVID-19 di kota itu dengan mengadakan konsert percuma untuk penduduk setempat.

6) COVID-19: Singapura catat 218 kes baharu, hanya satu melibatkan dalam komuniti

Pertambahan jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah kes COVID-19 di republik ini kini  41,833 kes.
Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan majoriti kes masih melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing, demikian menurut kementerian itu.

7) Brazil passes 1 million coronavirus cases with no end in sight

Second only to the United States in both cases and deaths, Brazil confirmed its first case of the novel coronavirus on Feb. 26. The virus has spread relentlessly across the continent-sized country, eroding support for right-wing President Jair Bolsonaro and raising fears of economic collapse after years of anemic growth.

8) COVID-19 di Indonesia: 45,029 kes positif, 2,429 kematian

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,226 lagi tambahan kes positif baharu manakala 56 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 2,429 orang.



[ad_2]
Source link