[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 15 Jun 2020.

1) Juruterbang selamat pesawat tempur Hawk terhempas

Sebuah pesawat tempur BAE Hawk 109 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di Kampar, Riau pada pagi Isnin. Jurucakap pihak angkatan bersenjata itu, Fajar Adriyanto mengesahkan pesawat tentera itu terhempas sekitar lima kilometer dari Landasan Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru.

2) Korea Selatan: Sistem pencatuan pelitup muka dijangka ditamatkan bulan ini

Isu had pembelian pelitup muka di Korea Selatan dijangka selesai tidak berapa lama lagi, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai kerajaan pada Ahad. Ketika harga pelitup muka meningkat di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 Februari lalu, Korea Selatan memperkenalkan sistem pencatuan.

3) COVID-19: Kes positif di Indonesia 39,294 kematian 2,198 orang

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 39,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,198 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto,bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,017 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dengan 64 lagi kematian berlaku.

4) COVID-19: Singapura catat 214 kes baharu, jumlah keseluruhan 40,818

Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 214 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini menjangkau 40,818 kes. Terdapat hanya tiga kes dalam komuniti dan sebahagian besarnya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama, kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan di sini.

5) Thailand ends curfew, marks 21 days with no local coronavirus cases

Thailand on Monday lifted a nationwide curfew after more than two months and allowed restaurants to resume selling alcohol as the coronavirus crisis eased, with 21 days since a recorded case of local transmission.

6) Tunisia has beaten coronavirus: Prime Minister Elyes Fakhfakh

Tunisian Prime Minister Elyes Fakhfakh announced Sunday that the country has achieved a victory against the novel coronavirus as it has recorded almost no new new cases, Anadolu Agency reported. Fakhfakh made the statement on a local TV channel, saying Tunisians should be proud of themselves for beating the virus.

7) Penumpang meninggal dunia dalam pesawat dipercayai akibat malaria

Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia ketika menaiki pesawat Air India dalam perjalanan dari Lagos, Nigeria menuju ke Mumbai, India pada Ahad. Pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Mumbai pada pukul 3.40 pagi (waktu tempatan).

8) Selepas 60 tahun, akhirnya bos Hello Kitty serah jawatan kepada cucu

Shintaro Tsuji, yang akan bersara pada 1 Julai, turut mengumumkan jawatan itu akan diserahkan kepada cucunya, Tomokuni Tsuji, 31. Shintaro bagaimanapun akan kekal sebagai pengerusi syarikat.



[ad_2]
Source link