[ad_1]

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 14 Jun 2020.

1) 5,000 kematian dalam 24 jam, korban COVID-19 global kini lebih 428,000

Angka korban akibat COVID-19 global terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini melebihi 428,000 kes.

2) COVID-19: Semua sekolah di UK dijangka dibuka September

Semua sekolah di United Kingdom (UK) dijangka dibuka sepenuhnya pada September ini. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang berbincang dengan Menteri Pendidikan Gavin Williamson untuk memastikan perkara itu selain menyediakan pakej sokongan untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran yang ketinggalan.

3) COVID-19: 57 kes baharu di China, angka harian tertinggi dalam tempoh 2 bulan

Kerajaan China pada Ahad melaporkan angka harian tertinggi kes COVID-19 dalam tempoh dua bulan selepas penutupan pasar borong terbesar yang menyebabkan penularan virus itu kembali menjangkiti warga tempatan di negara itu. 

4) Chile ganti Menteri Kesihatan susulan kontroversi angka kematian COVID-19

Presiden Chile Sebastian Pinera menggantikan Menteri Kesihatan Jaime Manalich di tengah kontroversi berhubung angka kematian di negara itu akibat COVID-19. Pinera pada Sabtu berkata Manalich telah berusaha keras untuk melaksanakan ‘tugasnya yang sukar dan mulia’ untuk melindungi kesihatan masyarakat Chile.

5) 18 maut, 189 cedera dalam nahas lori tangki meletup

Seramai 18 orang maut manakala kira-kira 189 yang lain cedera selepas sebuah lori tangki meletup di lebuh raya dekat tenggara China pada Sabtu. Lapor agensi berita Xinhua, kejadian itu berlaku sekitar jam 4.45 petang di Lebuhraya Shenyang-Haikou dekat selatan Shanghai di wilayah Zhejiang.

6) Seorang lagi lelaki kulit hitam maut ditembak, Ketua Polis Atlanta letak jawatan

Ketua Polis Atlanta, Erika Shields meletak jawatan selepas seorang anggotanya menembak mati lelaki kulit hitam, Rayshard Brooks dalam cubaan menahan mangsa. Datuk Bandar, Keisa Lance Bottoms berkata, Shields sudah berkhidmat dengan Jabatan Polis Atlanta selama lebih dua dekad.

7) New Zealand reports no cases of COVID-19 for 23 days

The combined number of confirmed and probable cases in New Zealand was 1,504, including 1,154 confirmed cases, which is the number reported to the World Health Organisation, said a ministry statement.  

8) COVID-19: 57 kes baharu di China, angka harian tertinggi dalam tempoh 2 bulan

Sebuah perkhidmatan gereja di London pada Ahad memperingati ulang tahun ketiga kebakaran bangunan Grenfell yang mengorbankan 72 nyawa. Ia merupakan kehilangan nyawa terbesar dalam kebakaran di Britain sejak Perang Dunia kedua, meninggalkan trauma kepada penduduknya.

9) Pelamin anganku musnah! ‘Pengantin lelaki’ rupa-rupanya…

Majlis persandingan pasangan pengantin baharu yang sepatutnya memberi seribu satu kenangan indah kepada mempelai bertukar sebaliknya apabila ia terbongkar sebagai ‘perkahwinan sejenis’. 

10) COVID-19: Indonesia catat 857 kes baharu, 43 lagi kematian

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 857 kes positif baharu dicatatkan di seluruh Indonesia dengan 43 lagi kematian.



[ad_2]
Source link