[ad_1]

NEW DELHI: Suasana langit di Gurugram, sebuah bandar satelit di New Delhi, kelihatan suram dan ‘menyeramkan’ apabila diselubungi kehadiran belalang juta, hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan menggesa orang ramai menutup tingkap rumah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi, yang bersempadan dengan Gurugram turut terjejas, dengan juruterbang diminta mengambil langkah berjaga-jaga semasa berlepas dan mendarat, lapor Reuters.

Ini merupakan kali pertama Gurugram berhadapan situasi berkenaan. Sebelum ini hanya beberapa lokasi di pedalaman di Gujarat dan Rajasthan, yang berdepan situasi sedemikian.

Pengguna laman sosial membanjiri Twitter dengan gambar-gambar belalang berkenaan, dan mengkritik kerajaan serta pihak berkuasa kerana tidak mengambil langkah lebih awal untuk mengelakkan perkara itu.

“Belalang-belalang ini ‘tahu’ selagi ia tidak sampai ke New Delhi, selagi itu kehadirannya dianggap perkara remeh bagi kebanyakan pihak,” kata Devinder Sharma, seorang pakar pertanian, dalam satu tweet.

India menggunakan jentera khas dan kenderaan bomba untuk menyembur racun serangga di sekurang-kurangnya tujuh negeri di utara, tengah dan barat negara tersebut.

Mereka juga membeli sistem semburan untuk dipasang di helikopter sebagai kaedah mengawal belalang juta di beberapa kawasan penanaman utama.

Kehadiran kawanan belalang itu setakat ini tidak menyebabkan kerosakan yang besar kerana tempoh peralihan musim, namun petani bimbang ia akan menjejaskan tanaman mereka pada musim panas nanti.

BACA: Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta

BACA: Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah



[ad_2]
Source link