[ad_1]

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas dakwaan membabitkan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Sabudin bakal menghadapi enam pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

“Kesemua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Pertuduhan dijadual dibacakan jam 9 pagi.

BACA: Pegawai kanan DBKL, empat individu direman lima hari



[ad_2]
Source link