[ad_1]

PARIS: Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Menurut menantu lelakinya, mendiang meninggal dunia pada pagi Khamis dengan kesemua ahli keluarga berada disampingnya.

Susulan berita sedih itu, Parlimen Perancis bertafakur seketika bagi menghormati mendiang.

Chirac berkhidmat sebagai presiden negara itu selama dua penggal.

Beliau pernah menjadi perdana menteri sebelum terpalit dengan beberapa kes rasuah.

Masalah kesihatan Chirac bermula apabila mendiang diserang angin ahmar pada 2005.

Pada 2014 isteri mendiang, Bernadette Chirac mengumumkan mendiang tidak akan lagi berucap kepada orang awam kerana mengalami masalah ingatan.



[ad_2]
Source link