[ad_1]

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Menteri Buruh serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Lee Kim Sai telah meninggal dunia pada usia 82 tahun malam tadi.

Mendiang Lee telah berkhidmat sebagai menteri Kabinet sekitar tahun 1980 sehingga 1996.

Berita sedih pemergian itu telah diumumkan oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong di laman Facebooknya yang memaklumkan bahawa mendiang telah meninggal dunia pada malam Sabtu.

Menurut Ka Siong, mendiang merupakan seorang tokoh yang disegani dan telah menyumbang jasa bakti kepada masyarakat serta negara.

Mendiang telah berkhidmat sebagai menteri Kabinet sekitar tahun 1980 sehingga 1996. - Gambar fail

Lee juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden MCA dari 1986 hingga 1996 dan merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat selama dua penggal.



[ad_2]
Source link