[ad_1]

SERENDAH: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.

Pemangku Menteri Pendidikan itu berkata, beliau akan mengkaji dahulu mengapa permasalahan itu timbul sebelum dapat membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Saya perlu mengkaji dahulu masalah berkenaan sebelum membuat keputusan. Terlampau banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi saya harus tahu mengapa ia timbul dan apakah langkah penyelesaian yang sesuai,” katanya kepada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Depot DMIA, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya apakah keutamaan beliau selepas memangku jawatan itu bermula 3 Januari lepas, bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.

Ditanya sama ada beliau akan memisahkan semula Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata – “Itu sesuatu yang saya mungkin akan pertimbangkan, berdasarkan cadangan anda”.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau bersetuju untuk berjumpa dengan pihak Dong Zong berhubung isu tulisan Jawi di sekolah vernakular, Dr Mahathir berkata beliau akan fikirkan dahulu.

“Kita akan fikirlah…saya ada banyak kerja, saya tak dapat jumpa dengan press pun,” ujarnya ringkas.



[ad_2]
Source link