FILEM terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar mengandungi banyak unsur kemerdekaan yang dipaparkan secara tersirat.

Antara babak yang membanggakan dalam filem ini adalah ketika Adam (watak yang dipegang Zul Ariffin) memenangi perlawanan sukan seni bela diri campuran (MMA) di mana peserta dari United Kingdom telah dikalahkan olehnya.

Secara simbolik, bendera Malaysia yang dikibar Adam ketika kemenangannya itu umpama ‘menumpaskan’ bendera dari pihak lawannya, sekali gus menanam sifat berjuang untuk mengharumkan nama negara Malaysia.

Ini antara sifat yang boleh diteladani oleh anak-anak muda sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62. 

Selain itu, secara tersirat, Adam juga berjaya ‘memerdekakan’ dirinya dari sejarah silam hidupnya dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Filem ini juga menunjukkan semua watak utama yang bersatu di pengakhiran cerita, elemen itu dapat dijadikan teladan kepada kita semua. 

Sebagai rakyat Malaysia, semua rakyat harus bersatu padu untuk terus menjadikan nama Malaysia gah di persada dunia. 

Ia bertepatan dengan tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen memberi respons positif selepas menonton Sangkar, kebanyakkan mereka turut mencadangkan orang ramai untuk turut menonton filem tersebut.


Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini bukan sahaja menonjolkan keistimewaan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya malah banyak menonjolkan elemen keluarga, kasih sayang dan persahabatan.

Selain Zul Ariffin, Sangkar turut dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura bermula 29 Ogos lalu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 diucapkan kepada anda semua!





Source link