[ad_1]

KUCHING: Hujan luar biasa sejak jam 2 petang Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini mula dinaiki air.

Sehingga jam 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah membuka dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Masyarakat Stapok di Daerah Kuching dan Balai Raya Kampung Jugan di Daerah Bau.

Jurucakapnya, Ismail Mahedin berkata, seramai sembilan keluarga melibatkan 29 mangsa telah dipindahkan dari Taman Sri Emas, Jalan Batu Kawa sekitar jam 9 malam tadi.

“Mereka keluar sendiri ke pusat pemindahan setelah kediaman mula dinaiki air, manakala tujuh keluarga melibatkan 43 mangsa di Kampung Jugan berpindah ke balai raya kampung tersebut,” ujarnya.

Ismail berkata, hujan lebat yang bertembung fenomena air pasang menyebabkan kawasan terbabit ditenggelami air.

Semua agensi pengurusan bencana di Kuching kini sedang dalam siap siaga berikutan hujan yang turun tanpa henti di beberapa kawasan.



[ad_2]
Source link