[ad_1]

KOTA KINABALU: Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, selain awet, pihaknya turut berhasrat menyerahkan bangkai Iman ke Muzium Negeri Sabah untuk dipamerkan.

Beliau berkata, proses mengawet bangkai tersebut adalah lebih kurang serupa dengan bangkai Tam, badak sumbu Sumatera jantan yang mati pada bulan Mei lalu.

“Benda ni (awet) belum sah lagi, tapi kita cadangkan begitulah,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Augustine berkata, setakat ini bangkai Iman masih ditempatkan di Santuari Badak Borneo, Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

BACA: Dukacita diumumkan… Iman, si badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, sudah tiada!

Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian badak sumbu Sumatera terakhir selepas ‘pemergian’ Iman tepat jam 5.35 pada petang Sabtu.

Untuk rekod, badak betina itu merupakan satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati pada 27 Mei lalu, akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.



[ad_2]
Source link