[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tiada perkara luar biasa yang berlaku apabila mengadakan mesyuarat dengan pembangkang, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tegas Timbalan Presiden PKR itu, pertemuan itu hanya mesyuarat biasa selain mengakui mengambil sikap terbuka dalam pertemuan berkenaan.

“Ini meeting (mesyuarat) biasa. Tidak ada perkara yang luar biasa. Ini mesyuarat biasa dan saya ambil sikap terbuka.

“Mana-mana pihak yang ingin bertemu dengan saya, saya akan bertemu. Saya bertemu dengan rakyat, masyarakat, ahli perniagaan, ahli-ahli Parlimen sama ada dalam PH ataupun bukan PH.

“Kerana penting sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat, kita ingin mendapatkan maklum balas daripada rakyat, daripada masyarakat perniagaan tentang apakah penerimaan dasar-dasar kerajaan. Ini bukan satu perkara luar biasa yang kita harus gembar-gemburkan. Saya bertemu dengan banyak pihak setiap hari,” katanya semasa ditemui di Parlimen di sini, pada Selasa.

BACA: “Saya ada dengar mengenai pertemuan di rumah Azmin itu, tetapi…” – Tun Mahathir

BACA: Perjumpaan dengan pembangkang: Azmin perlu beri penjelasan – Anwar

BACA: ‘Saya sedia disiasat’ – Hishammuddin nafi jadi dalang pertemuan MP di rumah Azmin

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mohamed Azmin memberi penjelasan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN dan PKR di kediaman rasminya pada Isnin.

Tegasnya, timbalannya perlu memperjelaskan situasi kerana pertemuan itu sendiri menimbulkan pelbagai persoalan daripada pihak kerajaan.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata, tugasnya bertemu dengan banyak pihak adalah untuk memperkenalkan Pakatan Harapan kepada semua.

“Lihat saja di Tanjung Piai, ramai rakyat yang belum fahami apa itu kerajaan Pakatan Harapan dan mereka letakkan harapan supaya kita dapat laksanakan tugas yang baik dan bila persepsi itu tidak baik, maka kita akan dihukum rakyat,” jelasnya lagi.

Mohamed Azmin menjelaskan, akan hadir ke mesyuarat politik parti yang dijadualkan pada Rabu seandai mempunyai kelapangan di dalam jadualnya.



[ad_2]
Source link