[ad_1]

VIENNA: Austria membuka semula semua kafe dan restoran pada Jumaat, selepas operasi dihentikan sementara sejak dua bulan lalu.

Austria merupakan negara pertama di Eropah yang melaksanakan perintah lockdown bersama negara jirannya, Itali, salah satu negara yang paling teruk terjejas di rantau berkenaan.

Berdepan dengan normal baharu, beberapa rutin terpaksa diubah, dan rakyatnya perlu patuh pada peraturan baharu.

Tiada lagi perkongsian surat khabar, selain aspek kebersihan menjadi keutamaan bagi mengelakkan jangkitan virus.

Para petugas kafe juga diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut secara berterusan.

Bagi pemilik kafe, ini merupakan masa untuk bangkit semula dalam perniagaan selepas dua bulan tanpa pendapatan.

Austria sehingga kini  mengesahkan 16,058 jangkitan dengan 626 kematian.



[ad_2]
Source link