[ad_1]

KUALA BERANG: Semua atlet negeri ini dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menghadiri latihan dan kejohanan di negeri yang dilaporkan mempunyai kes influenza.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata walaupun belum ada kes baharu dicatatkan di Terengganu, semua atlet perlu berwaspada terutama ketika berada di negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Beliau berkata amalan pencegahan seperti penggunaan topeng mulut dan hidung di kawasan yang padat dengan orang ramai amat digalakkan bagi mengelak daripada djangkiti influenza sekali gus menjejaskan jadual latihan atlet.

“Penekanan ini juga kepada atlet-atlet Sukan Malaysia (SUKMA 2020) yang bakal menggalas cabaran di Johor pada Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Faedah Pengurusan Jenazah oleh Perkeso kepada keluarga bekas pemain Terengganu Hockey Team (THT), Allahyarham Syamiru Aiman Bidin di Kampung Kua, Kuala Berang, di sini pada Khamis. 

Syamiru Aiman, 27, meninggal dunia akibat kanser di kepala Ahad lepas.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link