[ad_1]

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memenangi Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019 yang berlangsung pada Jumaat malam.

Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, Astro turut memenangi Anugerah Platinum dan ‘Hall of Fame’ bagi kategori Rangkaian Media.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad Henry Tan Poh Hock kemenangan itu atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

“Kita (Astro) berjaya memenangi tiga anugerah ini dan pengiktirafan ‘Brand of the Year’ membuatkan kami amat teruja. Pada masa sama, kami dengan rendah diri amat berterima kasih atas penghargaan ini. Ia amat bermakna kerana kita tahu Putra Award ini berdasarkan undian oleh pengguna.

“Terima kasih Malaysia kerana memilih Astro, kita tahu pelbagai inisiatif rancangan dari bidang pendidikan seperti Tutor TV dan Oh My English, hiburan, filem tempatan, bidang sukan juga menerusi Astro Arena serta rancangan yang mencungkil bakat anak muda seperti Kem Badminton berjaya mendapat penghargaan dari rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Anugerah Putra Brands 2019 di ibu negara pada Jumaat.

Bagi tahun 2019, pemenang bagi Anugerah Putra Brands dipilih berdasarkan tinjauan dilakukan ke atas 8,000 pengguna, berdasarkan faktor keinginnan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dicalonkan.

Bagi penganjur yang juga Presiden Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Andrew Lee, selepas 10 tahun anugerah itu diadakan telah menyaksikan perubahan ketara dalam industri di negara ini.

“Dalam tempoh 10 tahun lalu, industri di negara ini menyaksikan pelbagai perubahan yang lebih tertumpu kepada kesedaran dan tingkah laku pengguna. Kedua ia melibatkan impak dalam bidang teknologi dengan platform baharu termasuk koleksi data dan analisis. Malah tingkah laku dan kehendak pengguna telah berubah, mereka lebih menghargai serta memilih produk yang dapat memberi kesan serta inspirasi kepada mereka,” katanya.

Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.

Sebanyak 129 Anugerah daripada 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah itu bagi tahun ini.



[ad_2]
Source link