[ad_1]

JABATAN Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menuduh China menaja penggodam yang mensasarkan makmal membangunkan vaksin COVID-19 negara itu.

Dua lelaki warga China dituduh mengintip syarikat Amerika Syarikat terlibat melakukan penyelidikan ke atas virus COVID-19 dan mendapat bantuan daripada ejen risikan negara berkenaan.

Mereka ialah dua bekas penuntut kejuruteraan elektrik,  Li Xiaoyu and Dong Jiazhi yang didedahkan pada Selasa lalu.

Melalui pertuduhan itu, kedua-dua mereka didakwa cuba mengintip firma bioteknologi Massachusetts pada Januari lalu dipercayai ada kaitan dengan kajian penyembuhan COVID-19.

Suspek juga dikatakan telah menggodam sebuah syarikat di Maryland kurang seminggu sebelum itu bagi tujuan sama.

AS membuat tuduhan itu di sebalik tindakan lebih tegas negara Uncle Sam berkenaan terhadap pengintipan siber oleh China.

Pada minggu lalu juga, AS, United Kingdom dan Kanada menuduh Rusia melakukan intipan terhadap penyelidikan COVID-19 mereka.



[ad_2]
Source link