[ad_1]

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membawa keluar rakyatnya yang kini berada di Wuhan.

Menerusi laporan Reuters, Shinzo berkata pihaknya bercadang untuk menyediakan penerbangan sewa khas ke Wuhan, lokasi tercetusnya novel koronavirus (2019-nCoV).

Pengumuman berkenaan menyusul langkah Amerika Syarikat untuk memindahkan warganya dari bandaraya berkenaan.

Kerajaan China pada pertengahan minggu lalu mengadakan larangan keluar – masuk ke Wuhan.

Sehingga Ahad, arahan berkenaan sudah dilaksanakan 13 bandar di seluruh China yang memberi kesan kepada lebih 50 juta penduduk.

BACA: Koronavirus: Saringan di pintu masuk negara diperketat – TPM

B

ACA: Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi



[ad_2]
Source link