[ad_1]

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri Terengganu dan Sabah tidak menyokong pendirian Armada pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua sayap terbabit sebaliknya menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan usaha beliau dalam membentuk dan memperkukuh kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Menurut Ketua Armada Terengganu, Syaiful Irfan Anang, mereka menolak pendirian sayap pusat itu kerana ramai Ketua Armada Bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada pusat menentukan pendiriannya mengenai isu ini.

Jelasnya, mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan mesyuarat penyelarasan agihan bantuan Armada bersempena Ramadan 2020 dan perjumpaan bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan mesyuarat khas Exco Armada Pusat.

Pendirian itu turut disokong oleh Armada Bersatu Negeri Sabah.

Ketuanya, Isquzawan Israq Arsit berkata, pendirian Armada Sabah adalah jelas bahawa mereka tetap bersama presiden parti dan tidak akan bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional.

Kedua-dua kenyataan itu dibuat di laman Facebook Armada negeri masing-masing.



[ad_2]
Source link