Apa itu Cukai Tanah dan kenapa mengapa pemilik hartanah perlu membayarnya pada setiap tahun?
Bagi mana mana individu yang memiliki hartanah secara sah dalam sesuatu negeri maka mereka akan dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai tanah.
Cukai tanah adalah dikenali atau di maksudkan juga sebagai cukai sewa yang termaktub di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara KTN 1995 sebagai :
Didalam Seksyen 95 Kanun Tanah Negara KTN 1965 telah dinyatakan bahawa: Setiap Pemilik Berdaftar (Tuan Tanah) atau wakil bagi pihak tuan tanah mestilah bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah yang telah dikenakan.
Jika berlakunya pindah milik sesuatu hartanah maka beban untuk membayar cukai tanah adalah akan dikenakan kepada pembeli baru hartanah tersebut setelah selesai nama ditukar didalam geran hakmilik tanah.
Cukai tanah adalah perlu dibayar hanya setahun sekali sahaja.
Pemilik hartanah boleh mula membayar cukai tanah pada masa yang telah ditetapkan iaitu bermula 1 Januari sehingga 31 Mei pada setiap tahun.
Tanggungjawab setiap pemilik hartanah (atau wakil) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri pada setiap tahun walaupun anda tidak mendapat bil cukai tanah.
Sebagai tuan tanah anda boleh menyemak sendiri di pejabat tanah ataupun secara online jika bil cukai tanah tidak sampai kepada anda.
Jikalau tuan tanah tidak membayar cukai tanah sebelum 1 Jun, maka ia akan dikira menjadi sebagai tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah).
Bayaran tunggakan cukai tanah akan dikenakan “Denda Lewat” bayar kepada kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan mengikut (KTN Sek 93,94(2).
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah akan menghantar notis 6A kepada pemilik tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan.
Bayaran notis 6A akan dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi setiap pemilik akan dicaj.(KTN Sek 97).
Jika pemilik tanah masih gagal membayar bayaran cukai tanah dan juga tunggakan dalam masa 3 bulan, maka langkah seterusnya adalah memberi Notis 6A di serahkan kepada pemilik tanah.
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas serta akan menjadi milik kerajaan mengikut peruntukkan undang-undang (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131).
Perampasan hartanah akan diisytiharkan dalam notis 8A dan akan diwartakan/digazet dalam warta Kerajaan Negeri (KTN Sek. 131).
Jika berlakunya perampasan maka tuan tanah sudah tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.
Cukai Tanah | Cukai Pintu/Cukai Taksiran |
Dibayar kepada Pejabat Tanah. | Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan PBT. |
Perlu bayar setahun sekali. | Perlu bayar setahun 2 kali. |
Sebagai hasil kepada kerajaan negeri dan untuk pengurusan hal hal pentadbiran tanah. | Sebagai hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan untuk menguruskan kawasan dibawah pentadbiran mereka. |
Sekarang terdapat banyak pilihan atau cara untuk membayar cukai tanah ini.
Sebagai pemilik tanah anda boleh pilih cara cara bayaran yang sesuai dengan anda untuk membayar cukai tanah.
Antara pilihan bayaran yang boleh dilakukan ialah:
Pastikan anda simpan resit bayaran cukai tanah selepas selesai membuat bayaran.
Cukai tanah dalam bahasa English adalah Quit Rent
Pemilik tanah boleh buat semakan maklumat atau bil cukai tanah di kaunter pejabat tanah ataupun boleh dibuat secara online di website pejabat tanah.
Baca juga info tentang Borang 14A Cara Menulis Dan Isi Kandungannya
Sumber https://www.selangor.gov.my/ dan https://webpdt.kedah.gov.my/