[ad_1]

AYER KEROH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon maaf kepada ahli PKR dan rakyat ekoran kekecohan yang berlaku di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, semalam.

Presiden PKR itu bagaimanapun meminta ahlinya agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan dengan mendakwa mana-mana pihak terbabit dalam insiden itu.

Anwar yang berucap di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh sebentar tadi turut mengakui bahawa dirinya kesal atas apa yang berlaku dalam kongres tersebut.

“Saya minta maaf, kepada anggota parti, kepada penyokong penyokong Keadilan dan kepada rakyat kerana apa yang berlaku semalam (iaitu) mesyuarat Angkatan Muda, sesuatu yang amat dikesalkan.

“Saya telah mengarahkan supaya parti ambil tindakan segera memecat siapa sahaja yang bertanggungjawab,” tegas beliau dalam ucapannya.

BACA: Kekecohan Kongres AMK sengaja dirancang? BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk

BACA: Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis

Insiden kekecohan yang berlaku pada Jumaat itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.

Mizan Adli kemudian mendakwa ketua sayap parti itu, Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau memasuki dewan bagi menyertai Kongres Nasional AMK 2019.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan dua individu tercedera termasuk seorang mangsa yang terkena balingan batu.



[ad_2]
Source link