[ad_1]

FRANCE Football mengumumkan bahawa Ballon d’Or tidak akan dianugerahkan kepada mana-mana pemain bola sepak untuk tahun 2020.

Kata majalah bola sepak mingguan itu, keputusan itu diambil berikutan “tiada situasi adil yang mencukupi” ekoran pandemik COVID-19 yang menyerang dunia tahun ini.

Ia sekali gus bermakna buat kali pertama dalam sejarah, pengiktirafan berprestij itu tidak dianugerahkan kepada sesiapa sejak diperkenalkan 64 tahun lalu iaitu pada 1956.

Pemenang tahun lalu, Lionel Messi juga akan terus memegang takhta sebagai pemain terbaik dunia untuk lagi 12 bulan sehingga edisi tahun depan.

Ketika ini, bintang Argentina dan Barcelona itu menjadi pemenang terbanyak iaitu enam kali, diikuti seteru rapatnya bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang memegang lima gelaran.



[ad_2]
Source link