Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tular pada minggu ini apabila pihak kerajaan menawarkan telefon pintar buat para pelajar daripada keluarga berstatus B40. Apa yang menjadi isu adalah telefon pintar yang diberikan didakwa berkualiti rendah serta agak menyukarkan pelajar untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Alasan pemberian model sedemikian untuk mengelakkan pelajar bermain game sekaligus menjadi buah mulut netizen. Lebih mengejutkan ramai, terdapat insiden di mana telefon pintar tersebut meletup selepas sebulan digunakan.

Terbaharu, sebagai inisiatif untuk memudahkan pelajar yang mengalami telefon rosak akibat meletup, pihak Xioami Malaysia telah menghadiahkan model Redmi Note 10 5G.

Menurut perkongsian Facebook Suryani Abd Ghani, beliau sememangnya bukan mahu meraih simpati seperti yang didakwa netizen sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman agar tidak membahayakan kanak-kanak yang lain.

Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak XIAOMI MALAYSIA yg sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik…

Posted by Suryani Abd Ghani on Thursday, June 17, 2021

Sebagai perbandingan, Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan spesifikasi yang jauh lebih baik berbanding model telefon pintar YES yang diberikan kerajaan. Model ini dilengkapkan dengan processor MediaTEK MT6833, 8GB RAM dan 128GB ruang storan. Skrin dan cameranya yang terang dan jelas pastinya memudahkan pelajar ini sepanjang menjalankan PdPR.

Menerusi perkongsian yang dibuat ibu kepada pelajar ini, rata-rata mendoakan dan mengharapkan agar pelajar ini dapat memanfaatkan hadiah yang diberikan Xiaomi Malaysia sebaiknya. Tidak kurang juga yang turut berterima kasih kepada pihak Xiaomi Malaysia atas hadiah yang diberikan.

Screenshot 2021-06-19 at 11.00.19 AM

Sumber: facebook Suryani abd ghani

Screenshot 2021-06-19 at 11.00.36 AM

Sumber: facebook Suryani abd ghani

Screenshot 2021-06-19 at 11.01.12 AM

Sumber: facebook Suryani abd ghani

Jenama YES sementara itu memaklumkan pihak mereka mengambil maklum dan memandang serius mengenai isu yang berlaku dan sedia menjalankan siasatan mengenai kes meletup yang berlaku.

Difahamkan pengeluar telefon tersebut iaitu China Mobile mengesahkan bateri yang disertakan dalam YES Altitude 3 telah digunakan pada lebih 4.5juta unit telefon seluruh dunia sejak 2018 dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Ketahui juga telefon pintar altenatif yang boleh didapatkan dengan jurang harga di bawah RM350 yang sesuai digunakan bagi tujuan PdPR.

Individu Ini Kongsi Model Yang Lebih Baik Berbanding Peranti YES Yang Tular

Mahu Elak Bermain ‘Game’, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar

Dugaan Murid PdPR, Telefon Jenama YES Pakai Tak Sampai Sebulan Terbakar Secara Tiba-Tiba




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.