[ad_1]

BEIJING: Bilangan kes kematian akibat jangkitan novel koronavirus di China terus meningkat kepada 258 orang pada Sabtu.

Sebanyak 45 kematian baharu dan 1,347 kes baharu dilaporkan akibat jangkitan virus bahaya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, media rasmi China melaporkan dua bangunan hospital di Wuhan — Hospital Leishenshan dan Hospital Huoshenshan — terus giat dibangunkan.

Kerja-kerja pembinaan Hospital Leishenshan difahamkan telah siap sebanyak 40 peratus dan dijangka selesai pada 5 Februari ini.

Manakala, kerja-kerja pembinaan di Hospital Huoshenshan yang bermula pada 23 Januari lalu pula dijangka siap 2 Februari.

Menurut laporan sama, hospital baharu itu mampu menampung sebanyak 1,000 katil pesakit.



[ad_2]
Source link