[ad_1]

CHINA mencatat 17 angka kematian akibat wabak penyakit misteri koronavirus manakala lebih 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu.

Susulan itu, pihak berkuasa China tidak membenarkan penduduk Wuhan meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan ini.

Ia termasuk menggantung semua pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan feri mulai pukul 10 pagi Khamis waktu tempatan, menurut media rasmi kerajaan.

BACA: Macau kesan kes pertama koronavirus Wuhan BACA: Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat

Angka kematian terbaharu di wilayah Hubei itu hampir dua kali ganda angka yang dijangkakan pada awal penularan wabak tersebut.

Pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan seramai sembilan terkorban akibat koronavirus, yang menjangkiti melalui saluran pernafasan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menangguhkan keputusan mereka sehingga Khamis bagi menentukan sama ada penularan wabak itu satu situasi “kecemasan kesihatan awam antarabangsa”.

BACA: Virus Wuhan: Singapura tingkatkan langkah berjaga-jaga

BACA: Thailand umum kes ‘pneumonia Wuhan’ pertama di luar China

Menurut jawatankuasa kecemasan WHO, mereka masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan tersebut.

Namun kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, beberapa wakil anggota WHO dikerahkan ke China sedang mengumpul maklumat dan mereka dijangka dapat membuat kenyataan pada Khamis.



[ad_2]
Source link