[ad_1]

GERIK: Seorang anggota polis maut akibat melanggar seekor babi di Kilometer 50.3 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Padang Grus, Lenggong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata mangsa Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang merupakan anggota Balai Polis Selat Pagar meninggal dunia di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang motosikal maut langgar babi lintas jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terbakar selepas langgar babi

Beliau berkata dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris sedang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terlanggar seekor binatang dipercayai babi yang melintas jalan secara tiba-tiba.

“Akibat perlanggaran itu mangsa hilang kawalan dan tercampak ke atas jalan dan pada masa sama dipercayai sebuah lori terlanggar dan menggilis mangsa.

“Pemandu lori tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian dan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link