[ad_1]

SUNGAI PETANI: Akibat berang dengan tindakan ayahnya yang dipercayai sering memarahi ibu, seorang anak tergamak memotong tangan bapanya sehingga putus.

Bagaimanapun tertuduh Subramaniam Mogan, 29 tahun, tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan sebaik jurubahasa selesai membaca pertuduhan keatasnya di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Sungai Petani, Precilia Hemamalini.

Tertuduh yang berkerja mengutip besi buruk melibas parang sehingga mengakibatkan tangan kanan bapanya putus dalam kejadian di rumah bapanya di Lorong Angsana 4, Taman Keladi, Sungai Petani pada jam 8.30 malam 28 Januari lalu.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwaraya Nurdiyanasari Omar.

Siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara sebat dan denda. - Foto Astro AWANI

Siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara sebat dan denda.

Hakim Precilia Hemamalini kemudian membenar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dkenakan syarat tambahan tidak boleh boleh mendekati atau menganggu mangsa serta saksi.

Jika terdapat aduan dari mangsa dan saksi terhadap tertuduh wang jaminan dibatalkan.

Mahkamah menetapkan 3 Mac sebagai tarikh sebut semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwaraya Nurdiyanasari Omar.



[ad_2]
Source link