[ad_1]

LIHAT pada emoticon cincin, sudah pasti teringat pada pertunangan mahupun perkahwinan.

Itulah yang dapat digambarkan apabila anak kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS, Nadiah Ramli membuat posting menggunakan emoji cincin di akaun Instagramnya pada Isnin.

Berita gembira tersebut berjaya dihidu media apabila Nadia dan tunangnya Taufiq Nadzri memuat naik foto di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.

Taufiq turut berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagramnya dan menanda nama ibu Nadiah, Jennifer Thompson pada ruangan sama.

Sejak memuat naik foto tersebut, Nadiah dan Taufiq menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikut IG mereka.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal hingga ke jenjang pelamin.



[ad_2]
Source link