[ad_1]

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat ibarat bermain dengan api sekiranya mereka mengambil tindakan untuk menyerang Iran.

Itu pandangan Profesor Adjung dalam Hubungan Antarabangsa di Vesalius College, Brussels, Guy Burton berhubung kemungkinan negara kuasa besar itu akan menyerang Iran susulan pembunuhan pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.

“Kita perlu jelas di sini, rejim ini bukanlah rejim yang disayangi tetapi kita lihat jumlah orang yang turun ke jalanan susulan pembunuhan Soleimani dan juga ketika perarakan mengusung jenazahnya.

“Situasi ini jelas menunjukkan ada unsur nasionalis.

“Serangan ke atas Iran adalah serangan terus ke atas rakyat Iran dan ini mungkin mengundang kebangkitan di peringkat nasional. Amerika akan bermain dengan api sekiranya mereka menyerang Iran secara terus,” katanya dalam sesi temu bual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Isnin malam.

Terdahulu, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz pada awal pagi Isnin.

Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu.

Rakaman menunjukkan orang ramai yang berkabung berkumpul di Dataran Mollavi dengan bendera hijau, putih dan merah melambangkan darah mereka yang terkorban.

Susulan pembunuhan itu, Iran melantik Esmail Ghaani, sebagai jeneral baharu untuk  mengetuai angkatan Quds menggantikan Soleimani.



[ad_2]
Source link