[ad_1]

PENANGAN petikan gitar Anwar Amzah yang telah mendapat perhatian penyanyi Antarabangsa , Ali Gatie memang sesuatu yang tidak dijangkakan.

Mana tidaknya selepas Ali meminta sendiri video petikan gitar itu untuk dikongsi kepada peminatnya mendapat respon positif rakyat Malaysia.

Terbaharu, Ali sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia apabila meminta semua peminatnya di Malaysia menyokong muzik video lagunya yang baharu dilancarkannnya berjudul, It’s You.

” Malaysia, 10 malam saya harap anda menyokong saya dengan sepenuh hati,” statusnya di Twitter.

Apa yang menarik, meskipun muzik video itu dilancarkan di beberapa lagi buah negara seperti UAE, Indonesia, Australia dan New York , Ali hanya memuat naik status khas buat peminat di Malaysia.
Seperti biasa, peminat di Malaysia sudah pasti memberikan sokongan yang sangat padu kepada penyanyi tersebut.

BACA : Petikan gitar Anwar Amzah dapat perhatian Ali Gatie

Ini antara komen yang menarik daripada Netizen.

Sejak dilancarkan di YouTube muzik video itu telah mendapat lebih 500,000 tontonan.



[ad_2]
Source link