[ad_1]

KUALA LUMPUR: Semalam merupakan hari pertama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dibuka untuk membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan satu per tiga kapasiti sebenar.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kesemua masjid di Wilayah Persekutuan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Berikut merupakan lima perkara penting dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh beliau hari ini:

  1. 
PDRM reman 11 individu, empat individu turut dikompaun atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP.
     
  2. Aliran trafik lancar, peningkatan pergerakan kenderaan di lebuhraya PLUS dan Karak.
     
  3. Semua masjid di seluruh negara patuhi SOP PKPP pada hari pertama solat Jumaat.
     
  4. CIDB mendapati 58 tapak binaan patuh SOP, dua tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.
     
  5. Malaysia masih tutup pintu sempadan untuk bukan warganegara, nafi wujud diskriminasi terhadap warga asing.



[ad_2]
Source link